Perisian e-Kedatangan

Maklumat Perisian

Nama Perisian - e-Register(S)
Versi Semakan - v1.0 / 2010
Pembina Sistem - Us. Hafidz / 016.2364.155
Keperluan Sistem (OS) - Window XP / Vista / Seven
Keperluan Sistem (Office Application) - MS Office 2000 / 2003 / 2007 / 2010

Keterangan Sistem e-Register(s)
Sistem e-Register(S) telah diilhamkan bertujuan untuk merekodkan kehadiran murid (rendah / menengah) secara sistematik. e-Register(S) membolehkan pihak pentadbir mendapatkan data kehadiran harian secara cepat dan tepat. Meskipun demikian, sistem ini BUKAN bertujuan untuk menafikan penggunaan Buku Kehadiran ( Buku Register), sebaliknya ia membantu Pentadbir dan Guru Kelas mengemaskini data kehadiran dengan lebih sistematik.

Kelebihan e-Register(S)
  • Mempunyai 3 peringkat pengguna (Level Access) iaitu Pentadbir, Guru Data dan Guru Kelas. Setiap level access hanya boleh dimasuki oleh orang yang tertentu sahaja dengan kata laluan yang telah ditetapkan.
  • Setiap Level access mempunyai access yang berbeza-beza.
  • Boleh diset menggunakan kemudahan LAn untuk tujuan mempercepatkan proses kemasukan data kehadiran
  • Pentadbir boleh memantau Jumlah Murid Hadir, Jumlah Murid Tidak Hadir dan Jumlah Kelas yang telah mengemaskini kehadiran secara terus.
  • Laporan Enrolmen kehadiran harian ( murid hadir / tidak hadir ) dijana terus sama ada untuk hari semasa atau berdasarkan julat tarikh yang ditetapkan oleh pengguna.
  • Statistik kehadiran murid ( murid hadir / tidak hadir ) Bulanan Semasa dan Tahunan Semasa turut disediakan.
  • Kemudahan import data murid dari SMMv4.
  • Kemudahan eksport data kehadiran ke pemacu pilihan untuk tujuan simpanan / backup.
  • Kemudahan import data kehadiran dari pemacu pilihan untuk tujuan semakan kehadiran
  • Kemudahan Hapus data untuk tujuan pengemaskinian data kehadiran awal tahun (jika perlu sahaja)
  • Kemudahan eksport dan import / gabung data disediakan ke pemacu terbuka (open drive)

Sistem Login e-Register(S).
Disediakan untuk 3 jenis pengguna
untuk 3 jenis access yang berbeza-beza

Antaramuka bagi access sebagai Pentadbir.

Antaramuka bagi access sebagai Guru Kelas.
Ruang Kemaskini Maklumat Asas Sekolah dan Maklumat Tahun/Tingkatan
Ruang Kemaskini Maklumat Kehadiran Kelas Pilihan.
Semakan Kehadiran Hari Semasa / Hari Persekolahan
Cetakan Jadual Enrolmen Kehadiran Hari Semasa
( Berdasarkan Julat Tarikh Semakan )
Statistik Kehadiran Bulan Semasa dan Tahun Semasa